31 Jan 2015

Petua

Tip guna keju untuk menggoreng 
Biasanya keju digunakan sebagai topping atas kuih atau dimasukkan ke dalam masakan seperti pasta, kek ataupun menu gorengan. Berikut adalah keju yang ssesuai untuk menu gorengan, umumnya dipilih yang mudah meleleh ketika digoreng: 
* Keju Mozzarella adalah jenis keju lembut yang selalu digunakan sebagai topping pizza atau dibungkus riti atau adunan lalu digoreng kerana keju ini mudah meleleh ketika dipanaskan. 
* Keju Cheddar merupakan keju separuh keras memiliki ciri berwarna putih, namun ada juga yang berwarna oren. Keju ini paling sesuai digunakan sebagai bahan utama resepi kuih gorengan keju kerana teksturnya yang sesuai tidak terlalu 
   keras atau lembik. 

Jika agar-agar tidak menjadi 
Entah dimana silapnya puding atau agar-agar yang dimasak tidak mahu mengeras kerana terlebih air. Hendak dibuang sayang hendak dimakan terlampau lembut. 
Penyelesaiannya, bekukan saja puding atau agar-agar itu di dalam peti sejuk dan sajikan sebagai serbet dengan tambahan buah-buahan  segar. Cara ini puding atau agar-agar tidak menjadi itu akan tampil sebagai 
pencuci mulut yang menyegarkan. 

Sup terlalu masin 
Sekiranya sup yang dimasak terlebih masin, tambahkan air atau stok dan masak lagi sebentar. Cara lain, tambahkan beberapa potong kentang dan masak lagi sebentar. Keluarkan kentang ketika sup dihidangkan. 
Jika ini pun tidak berhasil, tambahkan gula pasir sedikit-sedikit dan secara bertahap mula dengan 1/4 sudu teh gula pasir sehingga rasa masin berkurangan. Tetapi hati-hati jangan sampai sup jadi manis. 

Elak pasta melekat 
Kadang-kadang ketika merebus pasta, kita terlupa mencampurkan sedikit minyak untuk mengelakkan pasta melekat.. Jika ini terjadi usah bimbang, siramkan sedikit air panas pada pasta dan sedikit minyak atau mentega, 
Jangan gunakan majerin kerana pasta akan mengeras setelah sejuk. 

Hilangkan kesan teh 
Cawan yang berulang kali digunakan untuk hidangan teh akan meninggalkan kesan. Bagi menghilangkan kesan teh tersebut ambil sedikit ubat gigi dan gosokkan pada cawan. 
 Biarkan seketika sebelum dicuci. kesannya akan kembali bersih. 

Tiada lagi rasa pijar 
Cuci tangan yang terkena cili. kemudian lapkan sehingga kering. Sapukan minyak masak pada bahagian yang terkena cili. biarkan seketika. Rasa pijar akan hilang dalam masa tiga minit. 
Selamat mencuba. 

Cara hilangkan bau durian pada tangan. 
Ramai yang suka makan durian tetapi tidak pada baunya yang melekat di tangan. Bagi menghilangkan bau tersebut, letakkan kulit durian bawah air paip. Biarkan air mengalir melalui kulit tersebut. Basuh tangan dibawah aliran  air 
tersebut dan juga boleh dibuat berkumut. Bau durian akan hilang sepenuhnya. 

Cara simpan Epal 
Epal termasul buah yang tahan lama. Epal segar yang baru dipetik boleh disimpan dalam peti sejuk selama tiga hingga empat bulan, malah untuk epal jenis tertentu boleh tahan sehingga enam bulan . Sebelum disimpan dalam peti sejuk 
bungkus epal dengan kertas lalu simpan ditempat sejuk dan gelap untuk menjaga kesegarannya. 


( sumber dari Mingguan Wanita)

No comments:

Post a Comment

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

LinkWithin