Tanam
Menanam kebaikan dalam diri tidak mudah. Biar sedikit tetapi berterusan. Bukan sekali harung, namun terhenti setelah penat beraja dalam diri. Konon mahu berubah secara drastik, akhirnya hanya seketika. Sekejap sahaja berubah kembali. Tanam keimanan biar mengakar dalam diri. Iman senjata paling ampuh yang perlu ditanam dalam diri. Tanpa iman, sia-sia kehidupan, tidak nampak arah tujuan. Betul iman yang ditanam dalam diri, selamat hidup di akhirat nanti.
Agar menjadi " penanam" yang berjaya dan dapat kita ' tuai' hasilnya di akhirat, utamakan cinta Allah dan cinta Rasul. Apabila ada dua cinta ini, kita akan melakukan yang disukai oleh Allah dan Rasul dan tinggalkan yang ditegah.
Cabut
Apabila tercabut rasa malu dalam diri, seseorang akan melakukan perkara yang dia mahu sekehendaknya. Apabila dicabut rasa takut akan Allah, maksiat dilakukan dengan senyum yang meniti dibibir. Tidak terasa akan mati. Tiada siapa dapat membantu melainkan diri sendiri dengan izin Allah. Bagaimana mahu mendapat kebaikan apabila yang ditanam ialah keburukan semata? Oleh itu kita perlu " mencabut" lalang-lalang sifat mazmumah yang beraja dalam diri.
Alangkah malangnya andai nyawa kita dicabut ketika diri belum bersedia menghadapinya. Beruntunglah nanti dalam keadaan Iman utuh dalam diri.
(sumber Majalah Solusi)
coach outlet store online
ReplyDeletemichael kors outlet
adidas yeezy
chaussures le coq sportif
columbia shoes women
true religion jeans outlet
manolo blahnik outlet
vans outlet store
cheap oakley sunglasses
nike trainers uk
2017.5.18chenlixiang