17 Aug 2015

7 Persediaaa Asas Sebelum Berhenti Kerja

Berhenti kerja bunyinya sangat gembira, namun beberapa perkara perlu dinilai. Ia sudah semestinya meliputi banyak perkara.

1. Perbincangan Suami Isteri 
    Apa pun keputusan ia sudah semestinya mendapat restu dan mengambil jalan perbincangan untuk       mencapai kata sepakat. Memberi nafkah dan mencari rezeki  adalah tugas utama suami tetapi isteri 
    adalah pendukung kedua untuk membantu ekonomi keluarga. 
    Dalam sesi perbincangan ini sudah tentu matlamat kewangan sebelum dan selepas berhenti kerja.       Menilai semula sumber kewangan isi rumah dan juga pengurusan kewangan agar matlamat mahu       berhenti kerja itu adalah selari dengan tujuan yang diperolehi. 

2. Matlamat Yang Mahu Dicapai
    Apa matlamat kewangan yang mahu dicapai. Dua persediaan yang mahu dicapai kebanyakan              wanita berhenti kerja, sama ada berhenti kerja dengan zero hutang atau berhenti kerja dengan              penyelarasan semula pengurusan kewangan. 

   Sudah tentu berhenti kerja dengan zero hutang membawa kebebasan yang sebenar. Hidup tidak          terbeban hutang dan hanya fokus kepada tabungan, pelaburan dan perbelanjaan masa hadapan            sahaja. Berbanding mereka yang berhenti kerja dengan mempunyai hutang pendidikan, rumah,            kereta dan sebagainya. Disinilah bermulanya senarai semak yang perlu dilihat apakah perlu disusun    dan diselaraskan agar selepas  berhenti kerja nanti masih boleh membayar hutang tersebut mengikut    perancangan yang dibuat. 

3. Matlamat Pendapatan. 
    Apa sumber pendapatan yang ingin diaktifkan sama ada bersumberkan bekerja secara sambilan          atau mengusahakan bisnes. Daripada aktiviti tersebut, perlu nyatakan sasaran yang jelas untuk            dicapai setiap bulan. 
   Contoh matlamat untuk capai RM3 ribu bersih sebulan berdasarkan keperluan sara hidup dan              penyelarasan bil-bil kewangan lain. 
   Sasaran pendapatan bersih ini sangat penting sebagai kayu ukur tindakan atau usaha yang perlu         dicapai. Sekiranya tidak ada ukuran yang jelas, seumpamanya berjalan tetapi tidak tahu destinasi         yang mahu dituju. 

4. Bersedia Mengurus Risiko. 
    Sekiranya berhenti kerja dengan tidak ada perancangan maksudnya redah dan buat. Risikonya            adalah bersedia tidak ada pendapatan berterusan untuk beberapa tahun. Risiko yang baik adalah          mendapat pendapatan sebagaimana  yang disasarkan. Ia bergantung kepada usaha, doa dan tawakal.    Sudah tentu pendapatan sebenar individu berbeza walaupun mengusahakan bisnes yang sama. 

5. Kembali Bekerja. 
    Sudah berhenti kerja selama setahun tetapi tidak mendapat pendapatan sebagaimana yang                  disasarkan. Sekiranya kewangan kembali tidak stabil boleh merancang semula untuk berkerja. Ia        tidak salah, malah kadang kala  kembali berkerja semula menjadikan semangat lebih pandai                mengurus kewangan dan merancang matlamat untuk kembali bekerja di rumah. 

6. Realistik Dengan Pencapaian. 
    Berada dirumah walaupun pendapatan hanya RM2K, tetapi mampu membuat simpanan RM1K           sebulan secara tetap ia jauh lebih baik dari berkerja  dengan pendapatan RM5K tetapi hanya               mampu membuat simpanan RM500 sahaja sebulan. Semak dan nilai semula mana yang lebih baik       berada di rumah atau di luar rumah. 

7. Lebih Berjimat Dan Berhemah 
    Belajar untuk lebih berhemah dan berjimat. Jika dahulu ketika berkerja membeli belah tanpa ada         perasaan menyesal. Tetapi apabila bekerja sendiri kita akan menilai setiap sen yang dibelanjakan. 


InsyaAllah. 



( sumber Majalah Mingguan Wanita) 



No comments:

Post a Comment

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

LinkWithin