30 Mar 2017

Skincare Set Seqy Beauty

Assalamualaikum,
Cik Ton nak bagitau ni, kawan Cik Ton sorang ni, agen Seqy Beauty, siapa lagi 

kalau bukan Kak Aya tu..dia mintak Cik Ton bagitau kat sini, dia ada nak bagi 

FREE GIFT CERMIN SEQY dan FREE POSTAGE bagi setiap belian 1 trial set 

Skincare Seqy Beauty.

Kak Ton ada dapat satu cermin tu..wah memang comel la..rugi tau tak

 ambik offer Kak Aya tu...stock cermin dia tak banyak , dalam 10 je gitu.

.tapi kalau dah war warkan macam ni, mesti laju je habis ..

Baik korang Whatsapp dia cepat-cepat tau..nanti melepaihh.

Ni no dia, save terus tau 0173416762.

Boleh tengok gambar cermin tu kat bawah ni ye.

Lepas tu whatsapp dia laju laju naa


Tip Kurus Dengan Lemon


DETOKS SEMINGGU
Untuk dapat manfaat detoks lemon, better jangan ambil nasi atau sumber berteraskan gandum selama seminggu. So, dalam waktu ni sila tambahkan jus lemon dalam menu berat seperti sayuran dan lauk pauk.

Karbohidrat tetap kita akan dapat dengan mengambil kentang sebagai bahan makanan. Haaaa detoks cara ni dapat membersihkan racun dan toksin dalam badan dan mampu meningkatkan metabolisme badan!! Masa ni la proses turunkan berat jadi mudah dan lancar..



ELAKKAN REMPAH & SANTAN
Selain detoks lemon, kita disarankan untuk mengelakkan makanan berempah dan bersantan. memang sedap dan sayang nak tinggalkan menu macam ni kan? Tapi...kena ingat rempah dan santan ni boleh meningkatkan racun dan toksin dalam badan. Bila banyak sangat benda2 tak berfaedah dalam badan, proses penurunan berat badan jadi semakin susah..

MINUM AIR PUTIH
Ketika sedang berdetoks bagai dengan lemon, kita disarankan minum air putih dengan banyak. Ia membantu proses pembersihan sistem pencernaan dan boleh buat kita berasa kenyang dengan lebih lama.

TAMBAHKAN ANTIOKSIDAN
Kombinasi lemon dan madu bole menjadi antioksidan yang efektif untuk menurunkan berat badan dengan cara memaksimumkan pembakaran tubuh!

ELAKKAN DEHIDRASI
Jus lemon boleh membuatkan badan sentiasa terhidrasi sehingga tidak membuat kita sering lapar. Ada masa rasa dahaga tu menjadi penyebab dan signal agar badan fikir yang kita lapar.

KHASIAT LEMON
Baik untuk perut - dapat ringankan masalah pencernaan
Rawatan kulit - sebagai ubat antiseptic semulajadi yang menyembuhkan masalah kulit
Rawatan gigi - Jus lemon segar dititiskan di bahagian gigi yang sakit dapat mengurangkan kesakitan gigi
Pulihkan jagkitan tenggorok - bantu pulihkan jangkitan tenggorok dan tonsil akibat bakteria
turunkan berat badan - Minum air suam yang dicampur lemon serta madu boleh mengurangkan berat badan
Kawal tekanan darah tinggi - Kandungan kalium yang tinggi dalam lemon membantu mengawal tekanan darah tinggi, mual dan dapat menenangkan fikiran


Jom minum lemon dari sekarang!


[sumber bysyiraishak)

3 Mar 2017

Kembali Terjalin

Assalamualaikum,

Cik Ton kembali untuk mewarnai dunia blogging!

Menghilang bertahun munculnya hari hari cuma..namun tetap menandakan masih 'ada".

Salam Ukhwah .

1 Mar 2017

Penyebab perut buncit

1.  Keturunan 
     Faktor keturunan dari orang tua sukar untuk dihilangkan. Pada wanita biasanya menyebabkan pengumpulan lemak pada perut, namun hal ini boleh diatasi melalui latihan aerobik dan olahraga memantapkan otot dan mengurangkan lemak perut. 

2.  Penuaan 
     Dengan berambahnya usia, produksi birmon dehydroepaiandreosterone (DHEA) meulai menurun. Kajian dari Harvard Women's Health Watch mendapati ada hunbung kait penurunan hormon ini dengan peningkatan akumulasi lemak di perut. 

3.   Alkohol 
      Gula dan alhokol, terutama yang terkandung di dalamnya akan membuat otot kendur. Daripada pandangan pakar pemkanan, alkohol sangat berbahaya bagi tubuh. Ini kerana alkohol mengandungi kalori yang tinggi, sama seperti jumlah kalori pada makanan berlemak. 
      Selain itu ketika minum alkohol, hati akan berkerja dengan keras untuk menghilangkan alkohol dan menunda untuk menyaring gula. Gula tersebut kemudaian akan disimpan tubuh sebagai lemak. Selain itu alkohol juga dapat meningkatkan nafsu makan. 

4.   Tembakau 
     Tembakau dapat merosakkan kerja pencernaan. Jika anda merokok setelah makan, anda pasti akan merasa kembung setelahnya. Berhentilah merokok dan anda akan mendapatkan manfaat lebih dari sekadar penurunan berat badan. 

5.   Stres 

      Stres boleh mengganggu kerja tubuh dan percernaan. Stres juga dapat membuat anda merasa kenyang dan menimbulkan masalah pada kemampuan tubuh dalam menyimpan lemak. Hasilnya perut anda akan dilihat lebih mengembang. Untuk mengatasi hal tersebut, belajarlah untuk lebih relaks dan bernafas secara perlahan dan dalam. 
      Wanita yang lebih stres cenderung memiliki lemak perut berlebihan meskipun ia tidak kelebihan berat badan. Ia kemungkinan akibat daripada hormon stres kortisol yang membuat terjadinya akumulasi lemak disekitar organ perut. 

6.   Perubahan hormon 
      Perubahan hormon yang terkait dengan menopaus menjadi penyebab umum lemah berlebih di perut. Menopaus menyebabkan penurunan dalam produksi hormon seks estrogen yang mengarahkan pada peningkatan lemak perut. 

7.   Makanan cepat saji. 
     Telah diketahui makanan segera memang mengandungi jumlah kalori dan lemak yang sangat tinggi. Ia sekaligus menyumbangkan pada masalah perut buncit, 

8.   Tidur selepas makan 

     Hindari tidur selepas makan. Ia akan menyebabkan proses pencernaan di usus tidak dapat bekerja dengan baik dan akibatnya perut menjadi buncit. 

9.   Susu. 
      Susu sebenarnya baik untuk kesihatan, tetapi bila mengambil susu tinggi kalori akibatnya boleh membuat perut buncit. Oleh itu ganti susu anda dengan susu rendah kalori. 

10.  Gula-gula getah. 

       Udara yang anda hirup saat mengunyah gula-gula ini menyebabkan perut kembung. Agar perut kekal langsing pastikan anda tidak mengunyahnya sepanjang hari. 


( sumber Mingguan Wanita)

1 Feb 2017

Tip Kukuhkan Hubungan


Ada beberapa tip yang boleh kita sama-sama amalkan untuk terus mengukuhkan hubungan baik tersebut :- 

1. Mempunyai rasa empati yang kuat terhadap rakan anda  seperti merasai apa yang dirasainya dan cuba memahaminya. Jangan sesekali mengeluarkan kenyataan negatif apabila berasa rakan anda cemburu dengan kejayaan anda. 



2. Jika ada sebarang isu, berbbincanglah dengan sikap terbuka. Carilah jalan untuk berbicara dengannya. Mulakan perbincangan dengan memuji kebaikanya dan betapa anda sangat menghargai kehadirannya dalam hidup anda. Berdiam tanpa berusaha untuk mencari penyelesaian apabila rakan menjauhkan diri bukan saja tidak menyelesaikan masalah, malah ia akan memusnahkan persahabatan. 



3. Tidak meletakkan ego lebih tinggi daripada sebuah persahabatan. Biarpun anda berasa sakit hati dengan sikap rakan anda yang tiba-tiba tidak mahu lagi keluar bersama, cuba bersabar dan berusaha memperbaiki hubungan. 



4. Bersikap bertanggungjawab terhadap permalasahan yang timbul dan jangan letakkan kesalahan semata-mata pada bahu rakan karib anda. Elakkan menyalahkannya sebaliknya ambil pendekatan berbincang dan meletakkan diri anda sebagai pihak yang turut menyumbang kepada permasalahan yang timbul



5. Tidak buruk sangka pada rakan dan sentiasa memikirkan perkara yang positif mengenainya seperti saat dia membantu ketika anda berada dalam kesempitan  dan bagaimana dia memberi semangat untuk bangkit semula daripada kejatuhan. 



6. Sentiasa berbuat baik pada rakan anda biarpun ia dibalas dengan kedinginan kerana hatinya akan cair dengan  kebaikan yang ditunjukkan. Dia akan sedar kesilapan sendiri dan mengakui anda adalah rakan yang terbaik. 



7. Sentiasa menghargai  rakan anda termasuk mengingati tarikh yang penting baginya seperti hari lahir dan menghadiahkan ucapan, kad atau barangan yang disukainya. 



8. Menunjukkan kasih sayang pada rakan dan berusaha menggembirakan hatinya di kala dia berada dalam kesedihan dan kesunyian. Ia boleh dilakukan dengan sentiasa meluangkan masa apabila dia memerlukan anda. 



9. Sentiasa bersikap jujur dan ikhlas pada rakan serta tidak menipunya biarpun dalam perkara kecil kerana itu akan menyebabkan kepercayaannya pada anda luntur.Apabila penipuan berlaku agak sukar untuk mendapatkan semula kepercayaan yang sudah hilang dan secara tidak langsung, hubungan akan menjadi renggang dan sukar dipulihkan. 



10. Memperuntukkan masa yang cukup untuk rakan dengan menghabiskan waktu lapang bersama melakukan aktiviti yang digemari seperti menonton wayang atau melakukan hobi yang dikongsi. 



11. Bersikap ceria dan jangan terlalu mengambil serius setiap perkara yang berlaku. Jika rakan merajuk, pujuk dengan cara melucukan dan jangan biarkan keadaan melarat hinga membuatkan rakan terus menjauhkan diri dari apabila anda tidak tahu kerana berasa anda tidak bersalah dan lebih mementingkan eqo. 



12. Tenang ketika menhadapi sebarang dilema dan tidak cepat melatah. Apabila kita bersikap tenang, lebih mudah untuk mencari jalan penyelesaian terbaik kepada apa juga masalah yang timbul termasuk hubungan yang mulai renggang. 



13. Bersikap memberi dan tidak meminta adalah nilai yang tebaik yang boleh diamalkan bagu menguatkan hubungan dengan rakan-rakan. Ini kerana sekiranya sering meminta dan kurang memberi, rakan akan berasa seperti dipergunakan dan tidak dianggap kawan sejati. 



14. Menyedari setiap orang berubah mengikuti peredaran zaman. Ada kalnya individu yang kita kenal ketika kecil bukan orang yang sama apabila sudah dewasa. Pemikiran dan personaliti berubah mengikut persekitaran tahap pendidikan. Memahami perkara berkenaan penting supaya kita boleh berfikir dengan lebih baik dan tidak terlalu mengikut perasaan. 



15. Berusaha untuk terus berhubung biar sesibuk mana pun kita ataupun dipisahkan oleh jarak yang jauh, misalnya ketika melanjutkan pengaijian selama beberapa tahun diluar negara sedangkan rakan karib masih di Malaysia. Persahabatan boleh kekal jika sering berkomunikasi tidak kira melalui telefon, laman sosial atau emel. Gunakan kemudahan yang ada untuk terus berhubung dengan rakan anda. 



16. Kesibukan harian terutama apabila seseorang sudah mula berkerja akan menyebabakan perlbagai perkara lain tertunda dan sering dilupakan termasuklah rakan karib yang dikenali sejak sekolah. Jika sayangkan hubungan itu dan mahu ia kekal, cari masa dan habiskan bersama rakan biarpun untuk sekejap seperti minum petang atau pun berkelah. 



17. Lakukan perkara yang selalunya dilakukan bersama rakan misalnya mengajak rakan ke rumah dan memasak resepi baru atau belajar menjahit bersama-sama. Senaraikan perkara yang anda ingin lakukan bersama rakan baik. 



18. Mengambil cuti panjang dan melancong bersama rakan tidak kira dalam atau luar negara, dekat atau jauh, asalkan dapat menghabiskan masa dengannya. Lakukan perkara ini sebagai rutin bulanan atau tahunan. 



19. Banyakkan ketawa bersamanya dengan cara berkongsi cerita jenaka. JIka tiada masa untuk duduk bersama, anda boleh berkongsi cerita kelakar menerusi emel. Sifat ceria dan positif seperti gelak ketawa akan merapatkan hubungan dan membuatkan kita gembira apabila menghabiskan masa bersama. 



20. Jika ingin hubungan dengan rakan karib terus baik, setiap individu perlu berusaha gigih untuk mendapat hasilnya dan bukan hanya mengharap hanya satu pihak saja yan berusaha. Hubungan akan berjaya sekiranya ia diusahakan secara bersama kerana, persahabatan tidak terjalin dalam satu hala. 




(sumber Metro)

1 Jan 2017

Tip Uruskan Stress

1. Tidur sejenak 
     Tidur sejenak selama 30 hingga 45 minit akan menyegarkan tubuh kembali. Orang ternama yang menafaatkan tidur siang untuk menangani stres termasuklah John F. Kennedy, Thomas Edison dan Salvador Dali. 

2. Berurut 
    Beurut boleh membantu melancarkan perjalanan darah dan urat yang tegang. Dapatkan mereka yang mahir dan bertauliah dalam teknik pengurutan. Selepas berurut anda akan merasakan kelegaan pada tubuh badan. 

3. Mengekspresikan diri secara artistik 
    Jadilah orang yang kreatif  dan alihkan energi anda secara positif. Anda boleh cuba untuk belajar melukis, mengambil gambar, menulis puisi ataupun menyanyi. 

4. Kerap ketawa. 
    Cara ini bukan rahsia lagi. Ketawa boleh menyebabkan stres yang ada menjadi lebih ringan. Sentiasa tunjukkan ekspresi yang menyenangkan pada wajah anda 

5. Hobi 
    Lakukan sesuatu yang minat. Jadikan ia hobi sama ada berenang atau membaca buku. Ia mampu memicu kadar endorfin yang membuatkan anda rasa hebat dan ceria. 

6. Coklat 
    Pengambilan 40grm coklat gelap setiap hari selama dua minggu dipercayai membantu individu dewasa dalam menghadapi tekanan dengan lebih baik. Para santis percaya coklat memberikan kadar antioksida yang membantu mengimbangkan kimia dalam tubuh. 

7. Ingat perkara baik. 
    Individu yang memulakan hari mereka dengan mengingatkan sesuatu perkara yang baik bakal menjalani hari yang lebih baik. Bahkan, apabila masalah melanda mereka mampu mengawal keadaan dengan lebih tenang. 

8. Berdiri tegak. 
    Kurangkan stres dengan cara berdiri dan berjalan yang betul iaitu secara tegak dan tidak membongkok. Ia akan  menurunkan kadar hormon stres dalam tubuh. 

9. Menonton rancangan komedi 
    Ambil masa untuk menonton rancangan komedi. Ketahuilah ketawa akan merangsang mood anda untuk menjadi sangat baik. 

(sumber Metro)

LinkWithin