1 Jan 2017

Tip Uruskan Stress

1. Tidur sejenak 
     Tidur sejenak selama 30 hingga 45 minit akan menyegarkan tubuh kembali. Orang ternama yang menafaatkan tidur siang untuk menangani stres termasuklah John F. Kennedy, Thomas Edison dan Salvador Dali. 

2. Berurut 
    Beurut boleh membantu melancarkan perjalanan darah dan urat yang tegang. Dapatkan mereka yang mahir dan bertauliah dalam teknik pengurutan. Selepas berurut anda akan merasakan kelegaan pada tubuh badan. 

3. Mengekspresikan diri secara artistik 
    Jadilah orang yang kreatif  dan alihkan energi anda secara positif. Anda boleh cuba untuk belajar melukis, mengambil gambar, menulis puisi ataupun menyanyi. 

4. Kerap ketawa. 
    Cara ini bukan rahsia lagi. Ketawa boleh menyebabkan stres yang ada menjadi lebih ringan. Sentiasa tunjukkan ekspresi yang menyenangkan pada wajah anda 

5. Hobi 
    Lakukan sesuatu yang minat. Jadikan ia hobi sama ada berenang atau membaca buku. Ia mampu memicu kadar endorfin yang membuatkan anda rasa hebat dan ceria. 

6. Coklat 
    Pengambilan 40grm coklat gelap setiap hari selama dua minggu dipercayai membantu individu dewasa dalam menghadapi tekanan dengan lebih baik. Para santis percaya coklat memberikan kadar antioksida yang membantu mengimbangkan kimia dalam tubuh. 

7. Ingat perkara baik. 
    Individu yang memulakan hari mereka dengan mengingatkan sesuatu perkara yang baik bakal menjalani hari yang lebih baik. Bahkan, apabila masalah melanda mereka mampu mengawal keadaan dengan lebih tenang. 

8. Berdiri tegak. 
    Kurangkan stres dengan cara berdiri dan berjalan yang betul iaitu secara tegak dan tidak membongkok. Ia akan  menurunkan kadar hormon stres dalam tubuh. 

9. Menonton rancangan komedi 
    Ambil masa untuk menonton rancangan komedi. Ketahuilah ketawa akan merangsang mood anda untuk menjadi sangat baik. 

(sumber Metro)

LinkWithin