1 Feb 2017

Tip Kukuhkan Hubungan


Ada beberapa tip yang boleh kita sama-sama amalkan untuk terus mengukuhkan hubungan baik tersebut :- 

1. Mempunyai rasa empati yang kuat terhadap rakan anda  seperti merasai apa yang dirasainya dan cuba memahaminya. Jangan sesekali mengeluarkan kenyataan negatif apabila berasa rakan anda cemburu dengan kejayaan anda. 



2. Jika ada sebarang isu, berbbincanglah dengan sikap terbuka. Carilah jalan untuk berbicara dengannya. Mulakan perbincangan dengan memuji kebaikanya dan betapa anda sangat menghargai kehadirannya dalam hidup anda. Berdiam tanpa berusaha untuk mencari penyelesaian apabila rakan menjauhkan diri bukan saja tidak menyelesaikan masalah, malah ia akan memusnahkan persahabatan. 



3. Tidak meletakkan ego lebih tinggi daripada sebuah persahabatan. Biarpun anda berasa sakit hati dengan sikap rakan anda yang tiba-tiba tidak mahu lagi keluar bersama, cuba bersabar dan berusaha memperbaiki hubungan. 



4. Bersikap bertanggungjawab terhadap permalasahan yang timbul dan jangan letakkan kesalahan semata-mata pada bahu rakan karib anda. Elakkan menyalahkannya sebaliknya ambil pendekatan berbincang dan meletakkan diri anda sebagai pihak yang turut menyumbang kepada permasalahan yang timbul



5. Tidak buruk sangka pada rakan dan sentiasa memikirkan perkara yang positif mengenainya seperti saat dia membantu ketika anda berada dalam kesempitan  dan bagaimana dia memberi semangat untuk bangkit semula daripada kejatuhan. 



6. Sentiasa berbuat baik pada rakan anda biarpun ia dibalas dengan kedinginan kerana hatinya akan cair dengan  kebaikan yang ditunjukkan. Dia akan sedar kesilapan sendiri dan mengakui anda adalah rakan yang terbaik. 



7. Sentiasa menghargai  rakan anda termasuk mengingati tarikh yang penting baginya seperti hari lahir dan menghadiahkan ucapan, kad atau barangan yang disukainya. 



8. Menunjukkan kasih sayang pada rakan dan berusaha menggembirakan hatinya di kala dia berada dalam kesedihan dan kesunyian. Ia boleh dilakukan dengan sentiasa meluangkan masa apabila dia memerlukan anda. 



9. Sentiasa bersikap jujur dan ikhlas pada rakan serta tidak menipunya biarpun dalam perkara kecil kerana itu akan menyebabkan kepercayaannya pada anda luntur.Apabila penipuan berlaku agak sukar untuk mendapatkan semula kepercayaan yang sudah hilang dan secara tidak langsung, hubungan akan menjadi renggang dan sukar dipulihkan. 



10. Memperuntukkan masa yang cukup untuk rakan dengan menghabiskan waktu lapang bersama melakukan aktiviti yang digemari seperti menonton wayang atau melakukan hobi yang dikongsi. 



11. Bersikap ceria dan jangan terlalu mengambil serius setiap perkara yang berlaku. Jika rakan merajuk, pujuk dengan cara melucukan dan jangan biarkan keadaan melarat hinga membuatkan rakan terus menjauhkan diri dari apabila anda tidak tahu kerana berasa anda tidak bersalah dan lebih mementingkan eqo. 



12. Tenang ketika menhadapi sebarang dilema dan tidak cepat melatah. Apabila kita bersikap tenang, lebih mudah untuk mencari jalan penyelesaian terbaik kepada apa juga masalah yang timbul termasuk hubungan yang mulai renggang. 



13. Bersikap memberi dan tidak meminta adalah nilai yang tebaik yang boleh diamalkan bagu menguatkan hubungan dengan rakan-rakan. Ini kerana sekiranya sering meminta dan kurang memberi, rakan akan berasa seperti dipergunakan dan tidak dianggap kawan sejati. 



14. Menyedari setiap orang berubah mengikuti peredaran zaman. Ada kalnya individu yang kita kenal ketika kecil bukan orang yang sama apabila sudah dewasa. Pemikiran dan personaliti berubah mengikut persekitaran tahap pendidikan. Memahami perkara berkenaan penting supaya kita boleh berfikir dengan lebih baik dan tidak terlalu mengikut perasaan. 



15. Berusaha untuk terus berhubung biar sesibuk mana pun kita ataupun dipisahkan oleh jarak yang jauh, misalnya ketika melanjutkan pengaijian selama beberapa tahun diluar negara sedangkan rakan karib masih di Malaysia. Persahabatan boleh kekal jika sering berkomunikasi tidak kira melalui telefon, laman sosial atau emel. Gunakan kemudahan yang ada untuk terus berhubung dengan rakan anda. 



16. Kesibukan harian terutama apabila seseorang sudah mula berkerja akan menyebabakan perlbagai perkara lain tertunda dan sering dilupakan termasuklah rakan karib yang dikenali sejak sekolah. Jika sayangkan hubungan itu dan mahu ia kekal, cari masa dan habiskan bersama rakan biarpun untuk sekejap seperti minum petang atau pun berkelah. 



17. Lakukan perkara yang selalunya dilakukan bersama rakan misalnya mengajak rakan ke rumah dan memasak resepi baru atau belajar menjahit bersama-sama. Senaraikan perkara yang anda ingin lakukan bersama rakan baik. 



18. Mengambil cuti panjang dan melancong bersama rakan tidak kira dalam atau luar negara, dekat atau jauh, asalkan dapat menghabiskan masa dengannya. Lakukan perkara ini sebagai rutin bulanan atau tahunan. 



19. Banyakkan ketawa bersamanya dengan cara berkongsi cerita jenaka. JIka tiada masa untuk duduk bersama, anda boleh berkongsi cerita kelakar menerusi emel. Sifat ceria dan positif seperti gelak ketawa akan merapatkan hubungan dan membuatkan kita gembira apabila menghabiskan masa bersama. 



20. Jika ingin hubungan dengan rakan karib terus baik, setiap individu perlu berusaha gigih untuk mendapat hasilnya dan bukan hanya mengharap hanya satu pihak saja yan berusaha. Hubungan akan berjaya sekiranya ia diusahakan secara bersama kerana, persahabatan tidak terjalin dalam satu hala. 




(sumber Metro)

LinkWithin