30 Mar 2017

Tip Kurus Dengan Lemon


DETOKS SEMINGGU
Untuk dapat manfaat detoks lemon, better jangan ambil nasi atau sumber berteraskan gandum selama seminggu. So, dalam waktu ni sila tambahkan jus lemon dalam menu berat seperti sayuran dan lauk pauk.

Karbohidrat tetap kita akan dapat dengan mengambil kentang sebagai bahan makanan. Haaaa detoks cara ni dapat membersihkan racun dan toksin dalam badan dan mampu meningkatkan metabolisme badan!! Masa ni la proses turunkan berat jadi mudah dan lancar..



ELAKKAN REMPAH & SANTAN
Selain detoks lemon, kita disarankan untuk mengelakkan makanan berempah dan bersantan. memang sedap dan sayang nak tinggalkan menu macam ni kan? Tapi...kena ingat rempah dan santan ni boleh meningkatkan racun dan toksin dalam badan. Bila banyak sangat benda2 tak berfaedah dalam badan, proses penurunan berat badan jadi semakin susah..

MINUM AIR PUTIH
Ketika sedang berdetoks bagai dengan lemon, kita disarankan minum air putih dengan banyak. Ia membantu proses pembersihan sistem pencernaan dan boleh buat kita berasa kenyang dengan lebih lama.

TAMBAHKAN ANTIOKSIDAN
Kombinasi lemon dan madu bole menjadi antioksidan yang efektif untuk menurunkan berat badan dengan cara memaksimumkan pembakaran tubuh!

ELAKKAN DEHIDRASI
Jus lemon boleh membuatkan badan sentiasa terhidrasi sehingga tidak membuat kita sering lapar. Ada masa rasa dahaga tu menjadi penyebab dan signal agar badan fikir yang kita lapar.

KHASIAT LEMON
Baik untuk perut - dapat ringankan masalah pencernaan
Rawatan kulit - sebagai ubat antiseptic semulajadi yang menyembuhkan masalah kulit
Rawatan gigi - Jus lemon segar dititiskan di bahagian gigi yang sakit dapat mengurangkan kesakitan gigi
Pulihkan jagkitan tenggorok - bantu pulihkan jangkitan tenggorok dan tonsil akibat bakteria
turunkan berat badan - Minum air suam yang dicampur lemon serta madu boleh mengurangkan berat badan
Kawal tekanan darah tinggi - Kandungan kalium yang tinggi dalam lemon membantu mengawal tekanan darah tinggi, mual dan dapat menenangkan fikiran


Jom minum lemon dari sekarang!


[sumber bysyiraishak)

No comments:

Post a Comment

Cik Ton ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda meninggalkan komen.

LinkWithin